Wednesday, March 11, 2009

Tuesday, March 10, 2009

Keindahan Pantai Cherating..sungguh memikat..menjadi lokasi paling popular di kalangan pengunjung yang ingin bercuti khususnya di hujung minggu.. Pengunjung dari dalam dan luar daerah Kuantan akan turun dan lazimnya mereka akan bermalam di tepi pantai dengan memasang khemah dan sebagainya..satu pengalaman percutian yang sungguh menyeronokkan..sederetan lokasi bangunan chalet yang terdapat di persisir pantai jelas menunjukkan betapa popularnya Pantai Cherating yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Kuantan ini..



Keindahan Pantai Telok Cempedak yang sungguh tenang..angin yang bertiup sungguh menyamankan terutama apabila melangkahkan kaki ke persisiran pantainya yang memutih..Pemandangannya sungguh mempesonakan terutamanya langit yang membiru dan telatah kanak-kanak berlari-lari sambil bermain layang-layang...

Kenangan Terindah Di SAMT KKB..

Assalamualaikum..
Buat teman-teman yang sudi melawati blogku ini..terima kasih banyak-banyak..maaf jika kalian sudah lama tidak mendapat sebarang coretan terbaru dari diriku..kesibukan mengatasi segalanya dan juga beberapa masalah lain yang tidak dapat ku lafazkan di sini..

Baru-baru ini aku dan ahli kumpulanku telah menjalankan satu program motivasi berbentuk kepimpinan di sebuah sekolah. Sepanjang berada di sana..aku berasa amat seronok..Be honest..really really exciting experience..such a journey back to the school time..melihat telatah mereka,kenakalan mereka, cara mereka bergurau..semuanya..alangkah indah andainya waktu dapat diundurkan..tetapi..think positive...tiada siapa yang ingin hidup dengan memandang ke belakang..betulkan?hehehe..

Apa-apa pun paling best kerana grup yang aku pimpin iaitu Group KITA..korang paling best..Adik Nizam..Nazer..Ekhsan..Shukri..Bazli..Hariz..dan beberapa orang lagi yang adik-adik lain yang tidak dapat disebutkan namanya di sini..terima kasih banyak-banyak sebab beri kerjasama yang baik kepada akak sepanjang program berlangsung..Harapan akak semoga perubahan positif yang berlaku akan terus berkekalan walaupun kami semua tiada di sana..Okay?

Sememangnya setelah kembali daripada program..terasa amat keletihan yang amat sangat..tetapi rasa kepuasan yang wujud di hati mengatasi segala-galanya..Seolah-olah jiwaku masih berada di sekolah tersebut..hehehe...

Okay rasanya setakat ni dulu untuk kali ini..if i have time..we could meet again next time with the very news story of everythings bout me..okay..Assalamualaikum...